Sunday, February 10, 2013

Majlis Aku Janji Pelajar PMR,SPM & STPM

Majlis Bacaan Ikrar Peperiksaan PMR,SPM & STPM telah diadakan pada 25 Januari 2013 Isnin yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG En.Abd Rahman b Ajam. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi yang dimulai dengan nyanyian lagu rasmi sekolah serta bacaan doa oleh wakil pelajar iaitu Saudara Faiz Danial b Taufiq. Seterusnya majlis bermula dengan ucapan dari YDP PIBG dan penyerahan ikrar watikah kepada setiap wakil pelajar. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada YDP PIBG. Majlis ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Terima kasih kepada semua warga yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.





 Bacaan doa diketuai oleh Saudara Faiz Danial b Taufik

Ucapan perasmian oleh YDP PIBG,En.Abd Rahman b Ajam















Cenderahati telah disampaikan oleh Pengetua

No comments:

Post a Comment