Sunday, February 24, 2013

BENGKEL & PERTANDINGAN FOTOGRAFI


Ahad 24 Februari 2013 - Seramai 15 orang ahli Kelab Fotografi SMKJR telah menyertai Bengkel dan Pertandingan Fotografi sempena Hari Wilayah dan Hari Wetland Sedunia di Taman Wetland,Putrajaya pada 23 & 24 Februari 2013 (Sabtu & Ahad). Tema pada tahun ini ialah "APRESIASI EKOLHIDROLOGI TASIK & WETLAND PUTRAJAYA" yang telah diwakili sebanyak 30 buah sekolah menengah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Subjek pertandingan bagi kategori pelajar sekolah menengah ialah Tumbuhan Wetland Putrajaya di mana semua subjek hendaklah diambil di dalam kawasan Wetland sahaja. Bengkel yang telah diadakan selama 2 hari ini telah banyak membantu pelajar dalam teknik-teknik fotografi dan memberi para pelajar pengalaman mengambil gambar menggunakan pelbagai teknik. 

Tahniah diucapkan kepada 2 peserta dari Kelab Fotografi SMKJR iaitu saudari Nurin Najwa bt Abdul rahman (5Sc) telah mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM50 dan sijil penyertaan. 

Tahniah dari warga SMKJR buat saudari Fatin Nur Afiqa bt Yazid (5Sc) telah berjaya mendapat tempat pertama (Kategori sekolah menengah) yang telah berjaya membawa pulang RM300,Sijil,Hamper dan tiket Cruise untuk 2 orang. 
Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Perbadanan Putrajaya



Diharap dengan kejayaan ini akan memberi semangat dan dorongan kepada ahli-ahli kelab yang lain untuk lebih berusaha dan menarik minat ahli kelab dan juga pelajar lain untuk memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar.

Antara aktiviti-aktiviti pada hari tersebut:











Bersama Sifo/penceramah  bengkel fotografi










Antara hasil gambar yang diambil oleh pelajar

No comments:

Post a Comment