Thursday, May 6, 2010

Projek Jualan Makanan Pelbagai Kaum -Anjuran Panitia Sivik SMKJR


KHAMIS 06 MEI 2010 - Panitia Pendidikan Sivik SMKJR telah mengadakan satu Karnival Jualan Makanan Pelbagai kaum bertempat di Dewan Lestari dan perkarangan Dataran Wawasan bermula pada jam 7.30 hingga 1.05 petang. Jualan makanan ini telah disertai semua pelajar-pelajar Tingkatan 3.Aktiviti ini telah melibatkan keseluruhan pelajar SMKJR.Antara Objektif Projek ini ialah:

1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran luar kelas
2. Memperkenalkan makanan pelbagai kaum
3. Memupuk minat pelajar menceburi bidang perniagaan
4. Memastikan pelajar menghargai dan cintakan makanan tradisional pelbagai kaum

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Rosny bt Osman(Pengetua SMKJR).Tahniah kepada semua guru-guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 kerana telah berjaya mengadakan aktiviti ini dengan penuh kemeriahan.Syabas!




No comments:

Post a Comment