Saturday, May 1, 2010

Majlis Penyampaian Watikah Barisan Pemimpin Pelajar & Hari Bertemu Pelanggan


SABTU 01 MEI 2010 - Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran ) SMK Jalan Reko telah mengadakan majlis Penyampaian Watikah Barisan Pemimpin pelajar pada 23 April 2010 (Jumaat) di Dewan Burhanuddin SMK Jalan Reko. Penyampaian tersebut di sampaikan oleh Dr. Mohammud B. Che Hussin pengerusi BIRO Kebajikan Kelas Khas ,PIBG SMK Jalan Reko. Seramai 24 orang barisan pemimpin pelajar yang terdiri dari Ketua Pengurusan Kelas dan Pengawas PPKI yang terlibat. Pada hari yang sama satu taklimat pelajar-pelajar tamat pada tahun 2010,2011, dan 2012 telah diadakan di Bilik Gemilang PPKI. Seramai 32 orang ibu bapa pelajar terlibat. Taklimat di sampaikan oleh PK Kanan Pendidikan Khas Pn. Yap Eit Moy. Perbincangan tertumpu mengenai hala tuju pelajar tamat dan Program Transisi Kerjaya.

No comments:

Post a Comment