Saturday, May 22, 2010

LAWATAN KE RUMAH AMAL CHESHIRE SELANGOR

SABTU 22 MEI 2010 - Pada hari Khamis 13 Mei 2010, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran , SMK Jalan Reko dengan kerjasama BIRO Badan Kebajikan Kelas Khas PPKI telah mengadakan satu sesi lawatan ke Rumah Amal Cheshire,Selayang, Selangor. Lawatan seramai 54 orang termasuk guru, ppm, ibu bapa dan pelajar ini bertujuan untuk meninjau program ’Economic Empowerment Project ’ yang dijalankan untuk memberi pendedahan ,kemahiran serta persediaan untuk bekerja bagi golongan kurang upaya. Lawatan ini memberi input yang sangat baik mengenai latihan kemahiran dan hala tuju kejaya pelajar-pelajar pendidikan khas dalam menerokai bidang pekerjaan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.cheshire.org.my






No comments:

Post a Comment