Wednesday, May 12, 2010

Kuiz Sains Pertanian Negeri Selangor 2010

RABU 12 MEI 2010 - Seramai 10 orang pelajar dengan diringi oleh 2 orang guru pengiring iaitu Pn.Rohani Mohd Nor dan Pn.Salawati bt Badron telah menyertai satu lawatan ke Jabatan Pertanian Kuala Selangor pada 09 Mei 2010(Ahad). Acara yang diadakan di sana ialah pameran barang-barang pertanian serta teknik menjawab soalan Sains Pertanian dan kuiz telah diadakan disepanjang majlis itu.Peserta dari SMKJR telah mendapat Johan dan Naib Johan dalam pertandingan Kuiz Sains Pertanian Peringkat Negeri Selangor.Tahniah diucapkan kepada Johan: Nur Zahraa bt Zainal dan Naib Johan: Nur Aqilah Amirah bt Amir.Penyampaian sijil penghargaan telah disampaikan oleh Puan pengetua pada perhimpunan khas pagi Rabu 12 Mei 2010.Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Kuala Selangor,Jabatan Pertanian ,Kuala Selangor dan Tn.Hj.Kamaruddin (Guru Cemerlang)serta Ahli Parlimen Kuala Selangor.

No comments:

Post a Comment