Tuesday, January 5, 2010

Sesi persekolahan (Sesi Pagi) – Hari Pertama 04/01/2010 (Isnin)









Selamat kembali anak-anak didik smkjr.Kami guru-guru menunggu penuh kasih sayang........Hari pertama pagi itu hujan turun dengan lebat.Perhimpunan pagi itu agak terganggu sedikit disebabkan dataran wawasan tidak dapat digunakan.Walau bagaimanapun perhimpunan diteruskan di dalam dewan lestari,walaupun agak sempit pelajar-pelajar terpaksa bersesak sedikit.Perhimpunan berjalan lancar. Pengetua memberi sedikit taklimat dan kata-kata semangat kepada para pelajar.


                                                         
Pelajar-pelajar berhimpun di Dewan Lestari walaupun ruang agak terhad tetapi para pelajar memberikan kerjasama yang amat memberangsangkan.




Ketua Pengawas SMKJR sedang mengetuai
bacaaan ikrar diikuti oleh para pelajar.





                                                         
Puan Pengetua memberi ucapan ringkas diikuti dengan sesi pengenalan guru-guru kanan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3.





Barisan para pentadbir dan ketua-ketua bidang SMK Jalan Reko.

1 comment: