Tuesday, January 12, 2010

Gotong-royong Perdana


Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 09/01/2010 (Sabtu) pada jam 8.00 hingga 12.30 tgh di persekitaran kawasan dan bilik-bilik khas setiap blok sekolah.Guru-guru, ibubapa dan para pelajar telah hadir memberikan kerjasama dan tenaga dalam menjayakan aktiviti ini.Terimakasih kepada ibubapa ,guru-guru serta pelajar yang telah memberikan kerjasama disepanjang hari tersebut.Tidak lupa juga terimakasih diucapkan kepada MPKJ yang telah memberikan sumbangan dari segi tenaga dan peralatan .Diharap dengan kerjasama dan kesepakatan seperti ini akan menambahkan lagi kecerian ,kebersihan serta kemesraan antara warga SMKJR dengan masyarakat seluruhnya.Dengan motto ‘Kebersihan didahulukan, keceriaan diutamakan ‘ diharap aktiviti seperti ini akan dapat menjadi amalan dan akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.















Pelajar-pelajar sedang menunggu arahan dari guru-guru di tapak perhimpunan sebelum memulakan gotong-royong.




Pelajar-pelajar mula bergerak mengikut kumpulan yang diberikan oleh guru-guru mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.













Puan Pengetua turut membantu menjayakan program gotong-royong bersama para pentadbir yang lain.




















Pelajar-pelajar dan guru-guru sedang sibuk membersihkan kawasan longkang.



































Pelajar-pelajar dan guru-guru bergotong-royong untuk membersihkan kawasan-kawasan di sekitar sekolah.

No comments:

Post a Comment