Tuesday, January 5, 2010

Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2010


Selamat datang diucapkan kepada ibubapa dan pelajar-pelajar baru sesi persekolahan 2010.Pada 31/12/2009 (Khamis) jam 7.30 pagi lagi para pentadbir dan guru-guru SMKJR telah bersiap sedia menanti ketibaan ibubapa serta anak-anak yang akan didaftarkan di sekolah SMK Jalan Reko. Dengan wajah yang berseri dan hati yang penuh debaran pelajar-pelajar melangkahkan kaki menuju ke pintu masuk sekolah yang disambut oleh senyuman mesra dari guru-guru SMKJR.Anak-anak...... selamat menempuh alam persekolahan menengah.Semoga menjadi manusia yang berguna suatu masa nanti.










Guru-guru sedang menyambut ketibaan ibu bapa serta pelajar-pelajar baru.






Pengetua sedang memperkenalkan para pentadbir SMKJR dan memberi taklimat tentang pengurusan sekolah,displin pelajar dan yang berkaitan dengan sesi persekolahn 2010.




Penyelia Petang,Encik Zulhelmay Bin Mohd Jidin mengucapkan selamat datang serta memberikan taklimat berkaitan dengan hal ehwal pelajar.



                                                         
Suasana di Dewan Lestari,ibu bapa,guru-guru serta para pelajar baru sedang kusyuk mendengar penerangan yang diberi oleh para pentadbir.



                                                         
Sesi pendaftaran pelajar-pelajar bersama
ibubapa mereka di kelas masing-masing.

No comments:

Post a Comment