
Mesyuarat Agung kali Ke 16 telah diadakan pada 23/01/2010 (Sabtu)di Dewan Lestari SMKJR jam 8.30 hingga 12.30 tengah hari.Majlis berjalan lancar.Kehadiran ibu bapa serta guru-guru amat menggalakkan.Antara agenda yang dibincangkan ialah laporan tahunan PIBG 2009/2010,laporan kewangan 2009/2010,usul-usul dan tindakan PIBG 2009/2010 dan perlantikan AJK PIBG 2010/2011.Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir ke mesyuarat ini. Semoga dengan sokongan dan keperihatinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap sekolah dan anak-anak akan memberi semangat kepada kami para guru untuk meneruskan bakti bagi memperkasakan lagi kemajuan dan kecemerlangan sekolah bagi tahun-tahun yang akan datang.



Guru-guru dan ibu bapa tiba seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftar di kaunter pendaftaran.
Puan pengetua sedang mendaftar nama di kaunter pendaftaran.
Kata alu-aluan dari Puan Pengetua dan YDP PIBG Ir.Dr.Tuan Suhaimi b Salleh


Suasana sepanjang mesyuarat dijalankan dengan pembentangan usul-usul yang telah dikemukakan oleh ibu bapa.
Barisan AJK PIBG kali ke 16 yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru sesi 2010/2011.Tahniah di atas perlantikan dan diharap kesepakatan ini akan menjana kecemerlangan dan kemajuan sekolah.Insyallah.....
No comments:
Post a Comment