Saturday, March 9, 2013

Kem Bomba Daerah Hulu Langat 2013





Sabtu 09 Mac 2013 - Pada 01 - 03 Mac 2013 yang lalu SMK Jalan Reko telah menjadi pengelola Kem Bomba Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat bertempat di Balai Bomba ,Bandar Baru Bangi. Kerjasama antara PPD Hulu Langat dan Pasukan Bomba Bangi ini telah menyatukan beberapa buah sekolah di Daerah Hulu Langat. Pendaftaran bermula pada jam 3.30 petang - 5.30 petang(1 Mac) dan seterusnya peserta-peserta melakukan aktiviti mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak bomba.

Antara aktiviti yang diadakan ialah kawad, malam kebudayaan, taklimat dari pihak bomba dan beberapa aktiviti yang melibatkan kerjaya pasukan bomba. Ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar dari segi ketahanan mental dan fizikal juga menanamkan semangat kerjasama berpasukan. 

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua Ajk (guru) yang terlibat secara lansung dan tidak lansung sepanjang kem ini dijalankan. Jutaan terima kasih kepada PPD Hulu Langat,Jabatan Bomba ,Bandar Baru Bangi dan semua guru pengiring dan peserta  yang terlibat.

Majlis penutup Kem Bomba

Bacaan doa oleh peserta kem

Majlis penutup


Aktiviti kawad

Aktiviti membawa 'hose' seberat 30 kg

Antara kumpulan yang membuat persembahan
di malam kebudayaan

Pengetua SMKJR Pn.Zaitun bt Ibrahim sedang menanda tangan
buku VIP

Nyanyian lagu rasmi




Petugas fotografi SMKJR

Peserta yang berjaya ..tahniah!

Ajk yang bertugas ..terima kasih!







AJK pendaftaran

Wakil dari PPD Hulu Langat,En.Abd Razak




No comments:

Post a Comment