Sunday, March 10, 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE





Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran Mentor Mentee  pada 8 Mac 2013 (Jumaat) yang lalu bertempat di dataran Wawasan. Ucapan perasmian telah dilakukan oleh Pn.Che Normalis bt Alias (Penolong Kanan) seterusnya penyerahan fail kepada Pn.Rozarina bt Bukhari.

Tujuan Program ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling menghormati serta mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. Selain itu ia juga membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah,hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan murid.

Majlis diakhiri dengan persembahan pelajar dengan nyanyian duet. Majlis bersurai pada jam 8.10 pagi


Bacaan doa permulaan majlis

Pn.Jemiat bt Mohd Ali (Kaunselor)




Ucapan Perasmian Pn.Che Normalis bt Alias

Menanda tangani banner tanda perasmian mentor mentee

Pn.Che Normalis menerima cenderahati

Persembahan nyanyian dari pelajar





No comments:

Post a Comment