Saturday, March 9, 2013

KEJOHANAN HOKI MSSD HULU LANGAT 2013




Sabtu 9 Mac 2013 - Kejohanan Hoki MSSD Hulu Langat  telah berlansung di Stadium hoki Seremban 2,Negeri Sembilan pada 4- 6 Mac 2013 yang lalu.Sebanyak 15 buah sekolah telah terlibat di kejohanan ini iaitu terbahagi kepada pasukan Lelaki bawah 18,perempuan bawah 18,lelaki dan perempuan bawah 15 tahun.

Pada kejohanan ini SMKJR telah menjadi tuan rumah sebagai pengelola kejohanan. Beberapa orang guru terlibat membantu  disepanjang kejohanan berlansung. terima kasih kepada semua Ajk(Guru) ,Media SMKJR,Quarter Master serta  pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan hoki perempuan bawah 18 tahun kerana telah mendapat tempat ke tiga .Semoga dengan kejayaan ini akan memberi semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk terus mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.






Pemain-pemain dari SMK Abd Jalil sedang diperkenalkan oleh
kapten pasukan

Perlawanan akhir (L) antara SMAPK dengan SMK Abd Jalil

 Tahniah kepada pasukan sekolah....




Tahniah!Pasukan Hoki SMKJR (P) bawah 18 tahun
Tempat Ke -3 Daerah Hulu Langat


Team Paramedic SMKJR

Pasukan Hoki SMKJR (L) bawah 18 tahun

Jurulatih En.Salmi Zakaria sedang memberi taklimat kepada pemain



Keputusan akhir perlawanan Pasukan (L) bawah 18 tahun Johan ialah SMK Abd Jalil dan naib Johan ialah SMAPK.Manakala pasukan (P) bawah 18 tahun Johan ialah SMAPK dan naib johan ialah SMK Abd Jalil.

No comments:

Post a Comment