Saturday, September 15, 2012

Malam Sejuta Harapan 2012



Sabtu-8 September 2012 telah diadakan sebuah majlis, Malam Sejuta Harapan yang bertempat di dataran SMK Jalan Reko.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk pembinaan dataran berbumbung dan membaik pulih sekolah.



Pada pukul 8 malam telah bermula majlis ini dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa . Majlis ini dirasmikan oleh Tn. Haji Harun bin Nordin iaitu CEO Kagumas Culinary Academy(M) Sdn Bhd .Selain itu,penolong kanan , Pn Che Normalis binti Alias juga telah menyampaikan sepatah dua kata. Pihak sekolah juga telah menjemput beberapa orang artis sebagai tarikan pada majlis gilang gemilang ini. Antara artis-artis yang dijemput ialah Kamal Adli (pelakon) , bekas pelajar SMK Jalan Reko dan dia telah ditemuramah oleh pengacara majlis. Selain Kamal Adli , Azian Mazwan Sapuan seorang penyanyi terkenal era 80-an telah dijemput juga . Dia telah menyampaikan 2 buah lagu . Anak komposer terkenal A.Ali iaitu Nurazira telah menyampaikan 2 buah lagu juga.


Persembahan dari Kelab Kebudayaan SMK Jalan Reko


Penyanyi Azian Mazwan Sapuan turut menyumbangkan 2 buah lagu pada malam itu

Semua yang hadir telah terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan . Tambahan pula , semasa majlis berlangsung telah diadakan cabutan nombor bertuah.Antara hadiah cabutan bertuah ialah hamper,basikal fixie dan tablet PC. Tahniah kepada semua pemenang nombor bertuah.



Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menderma.
Bergambar bersama-sama sebelum bersurai. Panjang umur berjumpa lagi!

No comments:

Post a Comment