Wednesday, September 12, 2012

Majlis Diambang Kemerdekaan dan Penutup Bulan Patriotik

Pada 30 Ogos 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang telah melangsungkan Majlis Diambang Kemerdekaan dan Penutup Bulan Patriotik. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa untuk kesejahteraan sepanjang majlis. Selepas pembacaan doa, guru-guru dan pelajar menyanyikan Lagu Negaraku diikuti Lagu Negeri Selangor serta Lagu Sekolah.

Seterusnya, majlis dipersembahkan dengan Sketsa Pentomin Kemerdekaan yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar SMK Jalan Reko, Kajang. Sketsa itu diterajui oleh 4 orang guru iaitu Cik Fatimah Bt. Mohd Jani, Pn Haslina Bt. Ibrahim, Pn Nur Sarah Bt. Norashid dan En Salmi B. Zakaria @ Salim. Tujuan persembahan Pentomin Kemerdekaan dipersembahkan adalah untuk memberi kesedaran kepada setiap pelajar tentang perjuangan askar yang memperjuangkan nyawa sendiri untuk kemerdekaan negara..

Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan Pn. Che Normalis Bt. Alias, Penolong Kanan SMK Jalan Reko, Kajang. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyerahan replika oleh Pn. Rohaniah Bt. Kassim, Ketua Bidang Kemanusiaan dan penyampaian hadiah untuk para pemenang sempena pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu kemerdekaan.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Patriotik iaitu Tanggal 31 oleh guru-guru dan pelajar SMK Jalan Reko, Kajang. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan laungan kemerdekaan oleh En Mohd Syahizam B. Shair sebanyak tiga kali. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Diambang Kemerdekaan dan Penutupan Bulan Patriotik. Sekian.


Penyampaian hadiah

Persembahan Pentomin Kemerdekaan


Guru-guru pembimbing yang menjayakan persembahan pentomin


Penyerahan semula replika Hari Kemerdekaan kepada pihak sekolah



"Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik.
Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan."

No comments:

Post a Comment