Tuesday, April 13, 2010

Lawatan Persatuan Sains Pertanian Ke Taman NegaraTanjung Piai


SELASA 13 APRIL 2010 - Seramai 37 orang pelajar dan 2 orang guru iaitu Pn.Salawati bt Badron dan Puan Rohani Mohd Nor dari Persatuan Sains Pertanian telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Negara Tanjung Piai pada 10hb -11hb April 2010 yang lalu. Rombongan ini telah menginap di Homestay Kg.Parit Tengah ,Parit Raja Batu Pahat,Johor.Mengadakan lawatan ke Penghujung Benua Asia iaitu di Tanjung Piai yang dikelilingi dengan hutan paya bakau.
Di Homestay Kg.Parit Tengah rombongan ini mengadakan beberapa aktiviti yang ditelah disediakan oleh pihak homestay iaitu menarik upih,pertandingan meraut daun kelapa dan pertandingan trumpet P.Ramlee.Mereka juga telah dibawa ke Ladang nenas dan buah markisa,mencabut dan menanam serta merebus ubi kayu.Mereka juga diajar cara-cara membuat obor dari daun kelapa kering.Aktiviti akhir mereka dibawa ke bazar porselin ,Ayer Hitam.Pada jam 2.30 petang rombongan ini bertolak balik dan sampai di sekolah lebih kurang jam 6.10 petang.



No comments:

Post a Comment