Wednesday, April 14, 2010

Kem Kadet Polis Di Hutan Lipur Mint ,Bangi


RABU 14 APRIL 2010 - Pada 09hb - 11hb April 2010 (Jumaat hingga Ahad) Unit Kadet Polis yang terdiri dari pelajar-pelajar sesi pagi dan petang iaitu seramai 77 orang pelajar telah menghadiri kem anjuran unit Kadet Polis sekolah dibawah kelolaan Pn.Siti Natrah bt Mohd Zaimi(setiausaha program),Pn.Mariana bt Muhammad,Pn.Azizatul Badariah,Pn.Sumathy a/p Perumal,Pn.Dalilah bt Ahmad Fauzi,En.Mohd Idram b Halos dan En.Mustafa b Mohd Isa.Aktiviti-aktiviti disepanjang perkhemahan ini telah dikendalikan oleh beberapa fasilitator dari Agensi Nuklear ,Bangi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah berkayak,night walk,candle war games,rentas halangan dan permainan burung hantu buta.Majlis perasmian /penutup telah dihadiri oleh PK Koku SMKJR iaitu Puan Zaini bt Mohd Noor.Terima kasih kepada Puan Zaini kerana sudi hadir.Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada staf-staf Agensi Nuklear ,Bangi kerana kesudian mereka memberikan khidmat dan bimbingan kepada para pelajar SMKJR.


Peserta Terbaik Keseluruhan :Izul Fathiah bt Mohd Azmi(4Sn) dan Mohd Shafizal b Zairomi (2SP6)



No comments:

Post a Comment