Monday, April 26, 2010

Ekpedisi Pengakap Ke Gunung Senyum,Temerloh Pahang


ISNIN 26 APRIL 2010- Pada 23hb - 25 April 2010(Jumaat-Ahad) seramai 40 peserta dari Unit Pengakap serta 4 orang guru pemimpin telah mengikuti perkhemahan di Gunung Senyum,Temerloh Pahang.Perkhemahan pada kali ini telah diketuai oleh Pn.Naida (Pengerusi Pengakap SMKJR).Rombongan kami telah tiba di tapak perkhemahan pada 12.30tgh.Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kem tersebut.Pada jam 10.30 pagi (Ahad) unit pengakap telah bertolak ke Kuala Gandah Elephant Orphanage Santuary,Lanchang Pahang.Tiba di sana jam 1.30 ptg.Selama 1 jam 30 minit berada di pusat ini telah banyak memberi pengalaman kepada pasukan pengakap.Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Perhutanan ,Temerloh Pahang terutama kepada En.Abdullah kerana telah menjadi jurupandu semasa menjelajahi gua2 di sana.Pasukan ini tiba di sekolah pada jam 6.30 petang.(Ahad)Alhamdullilah semuanya balik dengan selamat.Terima kasih kepada ibu bapa,Pn.Zaini (PK KOku)guru-guru serta rakan2 yang telah mendoakan keselamatan kami selama 3 hari di Gunung Senyum.


No comments:

Post a Comment