Thursday, March 11, 2010

Tahniah!Wow...hebat anak-anak didik SMKJR 2009

KHAMIS 11 MAC 2010 - Hari ini merupakan hari yang penuh debaran dan bermakna bagi kami warga SMKJR serta bekas pelajar-pelajar Tingkatan 5 sesi 2009 kerana keputusan SPM diumumkan pada hari ini.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Keputusan pada tahun 2009 telah meningkat sebanyak 10% berbanding tahun 2008 iaitu 72.1 %.Manakala pada tahun 2009 meningkat kepada 82.3%. Syabas dan ucapan terima kasih kepada semua guru-guru Tingkatan 5 dan semua guru SMKJR serta ibubapa yang telah banyak memberi didikan,semangat serta kerjasama bagi kecemerlangan anak-anak didik SMKJR.Doa dan harapan, semoga mereka akan lebih berjaya pada masa yang akan datang.Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengetua SMKJR kerana usaha beliau dalam merealisasikan kejayaan kita semua.Tahniah Puan Rosny!

Pn.Rohaida dan Pn.Che Sarbani sedang sibuk membuat analisa keputusan SPM 2009.







Peristiwa sepanjang pengambilan keputusan SPM hari ini.Suka dan duka lumrahnya alam...





Suasana semasa di dalam Dewan Lestari















Tahniah kepada yang berjaya. Semoga anda semua akan terus cemerlang...












Kasih ibu membawa ke syurga...tahniah!!











Pengetua turut sama memberi ucapan tahniah kepada pelajar cemerlang...











SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG SPM 2009
8A
1. NURFARAH DIBA BT SAIDI - 5SN1
2. OOI HUI CHEE - 5TV1


7A/6A
1. SITI SYAZWANI BT MOHD SHAH - 5SN1 KEPUTUSAN :7A 3B
2. FATIN ASYIQIN BT HAMEDI - 5KE1 KEPUTUSAN :7A 2B
3. ANIS RABIATUL ADAWIAH BT ZULKIFLI - 5SN1 KEPUTUSAN :6A 4B
4. AHMAD SYAHIR B NORDIN - 5KE1 KEPUTUSAN :6A 1B 1C

1 comment: