Monday, March 29, 2010

Lawatan Ke Fakulti Veterina UPM,Serdang & Mardi - Persatuan Sains Pertanian



ISNIN 29 MAC 2010 - Seramai 40 pelajar Persatuan Sains Pertanian dibawah bimbingan Pn.Salawati bt Badron telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Pertanian, Serdang dan Mardi sempena ulangtahun Mardi pada 17 Mac 2010(Rabu).Para pelajar diberi taklimat serta penerangan tentang organisasi jabatan tersebut sebelum mereka dibawa ke tempat pameran.Antara pameran yang dipamerkan pada kali ini ialah membuat cantuman mata tunas dan tut pokok.Demo dan penerangan telah ditunjukkan oleh pegawai Jabatan Pertanian.Mereka juga melihat cara-cara 'permanian beradas' bersama Profesor Madya Dr.Wahid(Timbalan Dekan ,Fakulti Veterina UPM).Turut sama memeriahkan pameran pada kali ini ialah Tun Abdullah b Hj Ahmad Badawi.Alangkah beruntungnya anak-anak didik SMKJR kerana dapat bergambar bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri kita itu.
















Bergambar bersama-sama Tun Abdullah b Hj Ahmad Badawi yang turut berada di pameran tersebut.Seronoknya dapat berjumpa dengan tokoh pemimpin....!!

No comments:

Post a Comment