Thursday, September 12, 2013

Hari Anugerah Kokurikulum 2013

    Hari Anugerah Kokurikulum adalah satu majlis yang dirancang khas untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada para pelajar dan barisan pemimpin sekolah ini.
     Majlis ini juga digarap bagi menonjolkan para pelajar yang telah mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2013 serta memberi apresiasi kepada barisan kepimpinan pelajar yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
     Program ini dijalankan adalah untuk memberikan anugerah dan apresiasi kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan pelajar agar dapat dijadikan pemangkin serta pembakar semangat untuk mereka lebih berjaya lagi pada masa akan datang. 
     Hari Anugerah Kokurikulum adalah bertujuan memberikan semangat aspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah agar terus berusaha melakar kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah mahupun negeri dan kebangsaan. 

Hari Anugerah Kokurikulum SMK Jalan Reko diadakan pada 7 September 2013 di Dataran Wawasan.
Pada pukul 7:00 pagi pendaftaran pelajar penerima anugerah dan pelajar lain diambil kedatangan oleh guru tingkatan masing masing.


 Ketibaan tetamu kehormat iaitu YDP PIBG En. Abd Rahman B. Ajam diiringi
Pengetua SMK Jalan Reko, Pn. Zaitun Bt. Ibrahim pada pukul 8:00 pagi.

 Seterusnya, ucapan Pengetua SMK Jalan Reko. Pn Zaitun Bt. Ibrahim
dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG En. Abd Rahman B. Ajam.



Gimik perasmian oleh YDP PIBG En. Abd Rahman B. Ajam dan 
Pengetua SMKJR Pn. Zaitun Bt. Ibrahim.


Persembahan tarian dari pelajar-pelajar Kelab Kebudayaan
di bawah bimbingan Pn.Gaya


Persembahan dari Reko Crew.

Anugerah Kokurikulum PPKI.
Anugerah Unit Paling Aktif.
Kelab Muzikal Junior.
Wakil Guru : Pn Maslina Bt. Sukri

Anugerah Kokurikulum Aliran Perdana.
Anugerah Motivasi.
Munzir Bin Azman dari persatuan Kadet Bomba telah mewakili 
Perkhemahan Negeri- Pertandingan Kawad Kaki Campuran peringkat Negeri 
dan mendapat tempat Pertama.

Danial Heyqal Bin Nor Azman dari persatuan Kadet Remaja Sekolah telah mewakili 
Perkhemahan Negeri- Pertandingan ikhtiar hidup dan gajet peringkat 
Negeri dan mendapat tempat Pertama. 

Nik Mohd Hanif Amirul Bin Mat Ghani dari persatuan Kadet Remaja Sekolah
 telah mewakili Kenaikan Pangkat peringkat Negeri dan mendapat Waran 1. 

Anugerah Pelajar Cemerlang.
Poovarasi A/P Thennarasu dari persatuan Bahasa Tamil telah mewakili 
Pertandingan Deklamasi Sajak peringkat Negeri dan mendapat tempat Ketiga. 

Muhammad Nurikhwan Bin Mohamad Ismail dari persatuan Bola Sepak telah menyertai Pasukan Bola Sepak Pantai Lelaki Wilayah Persekutuan peringkat Sukma XVI 2013 Sukan Sukma (Tajaan Biasiswa CIMB). Selain itu, pelajar tersebut telah mewakili MSSD Hulu Langat peringkat Daerah dan mendapat tempat Kedua. 

Anugerah Khas Kokurikulum.
Priyayogatarashini A/P Gunaselan dari persatuan Turkish Olimpiads telah menyertai pertandingan International Language and Cultured Festival peringkat Antarabangsa telah mendapat tempat Ketiga.

Anugerah Unit Paling Aktif.
Kelab Persatuan:
Persatuan Bahasa Tamil.
Guru: Pn Sumathy A/P Perumal.

Kelab Bukan Akademik:
Kelab Fotografi.
Guru: Pn Salawati Bt Badron.

Kelab Permainan:
Hoki.
Guru: Cik Fatimah Bt Mohd Jani.

Unit Beruniform:
Kadet Remaja Sekolah.
Guru: Pn Nadzratun Naiemah Bt Tarmiji.

Anugerah Buku Blak Paling Lengkap.
Persatuan Sejarah.
Pn. Rozarina Bt Bukhari.

Anugerah Pemakaian Baju Uniform.
Kategori Guru.

 Pn Che Normalis Bt Alias

Pn Roshidah Bt Tahir

Anugerah Khidmat Bakti Jaya,
Kategori Guru.
 En Mohamad Jalil Bin Mohd Yunus

 En Izwan Bin Abd Latiff

Kategori Staf Sokongan.
En Muhammad Muzzammil Bin Sulaiman

Anugerah Perhimpunan Kokurikulum.
 PBSM
Muhammad Haziq Bin Abdul Aziz

Kelab Fotografi
Muhammad Nabil Bin Saifuddin

Anugerah Tokoh Harapan Kokurikulum dan Kepimpinan.

                                                                        Tokoh PPKI.
Nur Danisyah Bt Khairuddin
PPKI
  
Tokoh Harapan Kokurikulum.
  
Fatin Nur Afiqa Bt Yazid
5 Sains

Bersama guru pembimbing Kelab Fotografi Cik Fatimah bt Mohd Jani

 Penerima Anugerah bersama YDP PIBG En Abd Rahman B. Ajam
dan Pengetua SMK Jalan Reko Pn Zaitun Bt Ibrahim

Terima kasih kepada Krew Media kerana telah menjalankan tugas
dengan baik pada Hari Anugerah Kokurikulum 2013




No comments:

Post a Comment