Friday, September 27, 2013

Anugerah Qualiti Prima 2013

     Pada 27 September 2013 sekolah telah mengadakan Anugerah Qualiti Prima di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko. Anugerah Qualiti Prima di bawah Unit Hal Ehwal Murid merupakan satu majlis yang dirancang khusus bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada semua kepimpinan pelajar di sekolah. Selain itu, Anugerah Qualiti Prima ini juga diberikan kepada pelajar yang yang menunjukkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji, pelajar yang telah memberikan sumbangan kepada pengurusan program dan aktiviti sekolah sepanjang tahun dan pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah sama ada di peringkat zon, daerah dan juga negeri dalam program program perkhemahan, kursus dan kem kempimpinan yang dianjurkan. 

Anugerah Qualiti Prima ini juga turut memberi penghargaan kepada guru dan pelajar bagi kelas yang telah memenangi Pertandingan Kelas Kondusif Cemerlang sepanjang tahun. Hal ini adalah bagi memberikan suntikan motivasi dan semangat kepada semua warga sekolah untuk menghayati keindahan dan kebersihan di samping berusaha menyemai slogan 'Kelasku Syurgaku' khasnya dalam kalangan semua pelajar.


Bacaan doa oleh Encik Mustafa Bin Mohd Isa.


Persembahan pembuka oleh pelajar PPKI.





Majlis Tertinggi Badan Pengawas Sekolah



Pengawas Pusat Sumber



Pembimbing Rakan Sebaya


Pengawas Koperasi



Pengawas SPBT


Pengawas Surau



Badan Pengurusan Kelas



Anugerah Khidmat Bakti 

Sidang Redaksi



Pasukan Quarter Master


Anugerah Permata Reko




Jawatan Penilai AQP HEM telah sebulat suara memilih;

Muhammad Arif Bin Idris dari Tingkatan 5SN 

 sebagai Penerima Anugerah Permata Reko Tahun 2013.

No comments:

Post a Comment