Sunday, November 4, 2012

Majlis Laluan Redha Pelajar STPM & SPM


Pada 3 November 2012 (Jumaat) Majlis Laluan Redha telah diadakan untuk pelajar-pelajar STPM & SPM bertempat di Dataran Wawasan. Tepat pada jam 7.30 pagi semua pelajar tingkatan 6 Atas & Tingkatan 5  serta guru-guru berkumpul di Dataran Wawasan.Majlis bermula dengan taklimat oleh Pn.Azira Badarudin selaku SuSPM dan ucapan ringkas daripada Penolong Kanan ,Pn.Che Normalis bt Alias. Seterusnya penyampaian cenderahati yang telah disampaikan oleh wakil IUKL untuk para pelajar berupa alat tulis.Panitia Agama Islam juga turut menyumbangkan Kismis untuk semua pelajar.Terima kasih diucapkan.Acara laluan redha bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi. Tahniah dan ucapan terima kasih kepada Unit Bimbingan & Kaunseling kerana telah menganjurkan majlis ini dengan lancar.Kami bagi pihak seluruh warga SMKJR mendoakan calon-calon STPM & SPM akan beroleh kejayaan. Jagalah nama baik anda,guru-guru serta sekolah sepanjang peperiksaan diadakan.Reko Mara,Reko Jaya!



Pelajar-pelajar memohon keberkatan daripada guru-guru

Ucapan daripada Penolong Kanan Pn.Che Normalis bt Alias dan 
Taklimat oleh SuSPM Pn.Azira bt Badarudin

 Semua pelajar Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5 berkumpul 
di Dataran Wawasan
  
 Bersama-sama menyanyikan lagu 'Kau Boleh'



Nik Iffah Hazirah...Kami semua mendoakan kejayaan anda!

Suasana sedih turut dirasai bersama-sama....Anda Boleh!

No comments:

Post a Comment