Tuesday, November 6, 2012

GLAMOROUS GOLDEN NIGHT 2012


Jamuan akhir tahun 2012 untuk guru-guru SMKJR dengan tema 'Glamorous Golden Nite" telah diadakan di Hotel Residence ,UNITEN Bangi pada 16 Oktober 2012 (Selasa). Bermula pada jam 7.30 malam ketibaan para guru staf serta jemputan tiba diperkarangan lobi utama hotel disambut oleh AJK Kelab Guru dan pentadbir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mustafa serta ucapan pengerusi kelab guru En.Mohammad Jalil. Seterusnya ucapan daripada Pengetua,Puan Zaitun bt Ibrahim. Cabutan nombor bertuah dan beberapa gimik serta persembahan turut diadakan sebagai acara selingan. tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang telah mendapat anugerah berupa sijil di majlis itu.Diharap dengan anugerah seperti ini akan memberi semangat dan dorongan agar lebih komited dalam perkhidmatan.Tahniah diucapkan kepada semua AJK kelab guru SMKJR 2012 kerana telah dapat menganjurkan majlis pada tahun ini berjalan dengan lancar serta meriah.Majlis bersurai pada jam 11.00 malam.









  









No comments:

Post a Comment