Thursday, October 4, 2012

Majlis Anugerah Tokoh Nilam 2012

Jumaat (28 September 2012) - SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Anugerah Tokoh Nilam .   Nilam(Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. Matlamatnya ialah untuk membina tabiat mebaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Manakala, objektifnya ialah mengalakkan pelajar sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.



Farhanah bt Sifor Adzlan -5SC
Tokoh Nilam 2012
Jumlah bacaan buku - 450 buah

Jannatun Naimah bt Amir-5SC
Tokoh Nilam 2012
Jumlah bacaan buku - 687 buah

No comments:

Post a Comment