Sunday, October 14, 2012

Laluan Redha Tingkatan 3

Majlis Laluan Redha telah diadakan pada 05 Oktober 2012 (Jumaat) yang lalu anjuran Unit Bimbingan Kaunseling. Majlis ini telah dihadiri semua pentadbir,guru-guru dan kesemua pelajar-pelajar SMKJR yang bertempat di Dataran Wawasan. Bermula pada jam 7.30 pagi ,pelajar berkumpul di Dataran Wawasan. Bermula dengan bacaan doa serta diikuti oleh ucapan Pengetua Pn.Zaitun bt Ibrahim. Laluan Redha dimulai dengan barisan pentadbir kemudian diikuti oleh guru-guru.pelajar-pelajar Tingkatan 3 juga diberi cenderahati seperti pensil,pen dan pemadam bagi kegunaan peperiksaan yang akan dihadapi nanti. Cenderahati itu adalah sumbangan daripada guru-guru SMKJR. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga ANDA semua akan beroleh kejayaan yang cemerlang.


Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Wawasan


Pelajar-pelajar bersalaman dengan guru-guru

Pengetua memberi ucapan ringkas 






 Pelajar-pelajar menerima cenderahati 

No comments:

Post a Comment