Sunday, July 22, 2012

MAJLIS PERASMIAN BULAN PATRIOTISME 2012



SELASA 17 JULAI 2012 - Majlis Perasmian Bulan Patriotisme peringkat sekolah telah berlansung dengan penuh meriah dan semangat kebangsaan yang telah dihadiri semua warga SMKJR sesi pagi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi sekolah serta bacaan doa oleh Ustaz Mustafa b Mohd Isa.
Seterusnya, perarakan bendera Malaysia, Jalur Gemilang oleh pelajar-pelajar dari unit uniform Kadet Polis.Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar-pelajar SMKJR. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pn Che Normalis bt Alias dengan upacara penyerahan replika kepada Ketua Bidang Kemanusiaan,Pn.Rohaniah bt Kassim.Majlis ini anjuran Bidang Kemanusiaan SMK JALAN REKO.Pelbagai pertandingan dan aktiviti akan diadakan seperti :
  • Hiasan bendera di kawasan sekolah
  • Pameran Patriotik di pusat sumber
  • Pertandingan kelas patriotik
  • Pertandingan mendeklamasi sajak
  • Pertandingan melukis logo patriotik
  • Pertandingan melukis potret tokoh
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik - Tanggal 31 . Semua Pelajar mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat.


Juru acara Pn.Rosidah bt Tahir dan Penyelaras Program Pn.Haslina bt Ibrahim



Perarakan Jalur Gemilang oleh pelajar-pelajar

Persembahan pelajar-pelajar.

Terima kasih kepada pasukan bermotor dan pasukan Kadet Polis sekolah

3 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu tim..
    Sy cuma nk tanya ada x pelajar lelaki bernama muhamad zharifzhafri bin zulkifli mungkin tingkatan 4 atau 5 thun ne..

    ReplyDelete
  2. Sape2 yg mengenali muhammad zharif zhafri bin zulkifli bly sms sy di 0199907434

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada pihak sekolah yang telah berjaya menganjurkan Bulan Patriotism baru-baru ini. Ceritanya boleh dibaca didalam Minda keluaran 28 Ogos 2012. Malangnya yang mencewakan saya adalah kelihatan anak-anak membonceng motosikal, memegang bendera dengan tidak memakai topi keledar yang terang-terang menjadi satu kesalahan. Selanjutnya fikir-fikirkan lah ye......., nasib baik tak berlaku kemalangan, jika berlaku siapa nak disalahkan.

    ReplyDelete