Wednesday, July 4, 2012

Hari Bicara Akademik

Bicara Akademik telah diadakan pada 30 Jun 2012 (Sabtu) yang lalu bertempat di SMKJR. Bermula pada jam 7.30 pagi ibubapa telah tiba di sekolah untuk berjumpa guru tingkatan anak masing-masing. Taklimat PBS telah disampaikan oleh Pn.Che Normalis bt Alias (Penolong Kanan) SMKJR bertempat di Dewan Lestari bermula pada jam 8.30 pagi.Selepas taklimat para ibubapa beredar ke kelas untuk bertemu dengan guru tingkatan. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga pelajar SMKJR yang telah sudi menghadirkan diri pada Hari Bicara Akademik. Diharap majlis seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan antara guru,ibu bapa dan pelajar. "Sepakat Membawa Berkat"


Ketibaan ibubapa seawal jam 7.30 pagi

Taklimat PBS oleh Pn.Che Normalis bt Alias (PK) di Dewan Lestari







Perjumpaan ibu bapa bersama guru-guru di kelas masing-masing

No comments:

Post a Comment