Tuesday, May 1, 2012

Majlis Kenangan Bersama Kekal Selamanya



Jumaat 27 April 2012 Majlis Kenangan Bersama kekal Selamanya untuk Puan Fatimah bt Ali (Ketua Bidang Sains dan Matematik) telah berlansung di Dataran Wawasan bersama para guru dan pelajar. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tgh. Majlis yang disambut secara sederhana tetapi meriah bagi meraikan Puan Fatimah telah diserikan dengan ucapan dari Penolong Kanan,Pn.Che Normalis bt Alias, Ketua Pelajar dan Pengerusi Kelab Guru, En.Mohamad Jalil. Persembahan dari pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas,Kelab Kebudayaan dan persembahan dari guru-guru. Majlis ini telah berjalan lancar atas kerjasama semua warga SMKJR. Terima kasih diucapkan kepada semua warga yang terlibat.


Penyampaian cenderahati daripada Unit Kurikulum dan Kokurikulum

Penyampaian Sijil Penghargaan dari pihak sekolah telah disampaikan 
oleh Pn.Che Normalis bt Alias. Jasamu Dikenang Pn.Fatimah.....

Hari terakhir bergelar Guru SMKJR....sayonara!

Salam perpisahan dari rakan seperjuangan serta pelajar-pelajar.....

Persembahan daripada guru dan pelajar


flying kiss.....

Selamat tinggal semua...panjang umur jumpa lagi!

Lambaian perpisahan daripada warga SMKJR buat Pn.Fatimah bt Ali

No comments:

Post a Comment