Tuesday, May 15, 2012

Hari Keluarga & LADAP SMKJR 2012

Selasa 15 Mei 2012 Hari Keluarga SMKJR telah diadakan di Wetland,Putrajaya pada 12/05/2012 (Sabtu) bermula dari 8.30 pagi dan bersurai pada jam 1.00 petang. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah 'Orintereeng'.Guru-guru dibahagikan beberapa kumpulan dengan berpandukan kompas dan peta bagi mencari arah. Pertandingan kali ini telah dimenangi oleh Kumpulan SUCI yang telah diketuai oleh En.Izwan b Latif. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn.Che Normalis b Alias ,Penolong Kanan SMKJR.

REKO MARA,REKO JAYA.....

Sebelum berorientereeng jom berposing dulu....

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang....


Sementara ibu-ibu mencari arah,anak-anak ditemani oleh bapa 
sibuk membuat aktiviti meniup belon....


Seronoknya.......

Tengah berbincang mencari arah supaya tidak sesat nanti....



Berehat setelah selesai menjalankan aktiviti

Tahniah kepada Unit KOKO dan Kelab Guru kerana telah dapat menyempurnakan Hari Keluarga & LADAP dengan jayanya. Terima Kasih juga diucapkan kepada Urusetia Wetland, Putrajaya kerana bekerjasama menjayakan hari keluarga ini.





No comments:

Post a Comment