Friday, August 12, 2011

Majlis Perasmian Bulan Patriotisme 2011




Jumaat 12 Ogos 2011 - Majlis Perasmian Bulan Patriotisme peringkat sekolah telah berlansung dengan penuh meriah dan semangat kebangsaan yang telah dihadiri semua warga SMKJR sesi pagi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi sekolah serta bacaan doa oleh Ustaz Abdul Ghaffar b Abdullah. Perarakan bendera Malaysia oleh pelajar-pelajar dari lima unit beruniform sekolah ke pentas Dataran Wawasan. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua dengan upacara melepaskan 10 ekor burung menandakan bermulalah bulan sambutan hari kemerdekaan. Pelbagai pertandingan dan aktiviti akan diadakan iaitu hiasan bendera di kawasan sekolah, Pameran Patriotik, Pertandingan kelas Patriotik, Pertandingan mendeklamasi sajak, Pertandingan melukis logo patriotik dan Pertandingan melukis potret tokoh.

“Satu Malaysia, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” adalah tema sambutan ulang tahun kemerdekaan pada kali ini. Tema yang telah dipilih ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membawa Malaysia ke fasa baru pembangunan dan keharmonian sejagat.

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah atas kerjasama semua AJK yang terlibat dalam merancang dan menjayakan bulan sambutan kemerdekaan bagi tahun 2011 khususnya unit Bidang Kemanusiaan. Moga usaha murni ini dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia amnya dan pelajar SMK Jalan Reko khasnya dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana anak-anak ini adalah pewaris negara ini.



No comments:

Post a Comment