Monday, August 8, 2011

MAJLIS ANUGERAH KUALITI PENDIDIKAN KHAS DAERAH HULU LANGAT

KAJANG - Khamis, 28 Julai 2011. Satu majlis Anugerah Kualiti Pendidikan Khas Peringkat Daerah Hulu Langat telah diadakan di Dewan Teratai, Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi. Majlis yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Nik Omar b. Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Tujuan Majlis Anugerah Kualiti Pendidikan Khas ini diadakan adalah untuk memberi penganugerahan dan pengiktirafan terhadap pencapaian pelajar-pelajar dan guru-guru pendidikan Khas dalam Daerah Hulu Langat khususnya. Pada majlis tersebut, PPKI SMK Jalan Reko telah merangkul tiga anugerah iaitu anugerah pelajar terbaik kokurikulum kategori senior, yang dimenangi oleh Norhazimah bt Suhuor, anugerah guru inovatif peringkat sekolah menengah dimenangi oleh Pn Fauziah bt Mat dan SMK Jalan Reko dinobatkan sebagai anugerah Program Pendidikan Khas Terbaik Keseluruhan Peringkat Daerah Hulu Langat. PPKI SMK Jalan Reko juga turut terlibat sebagai AJK persembahan dan telah menceriakan majis tersebut dengan persembahan Kumpulan Muzik ‘Rentak reko” Percussion (di bawah bimbingan Pn Ruhibah bt Shafei dan Pn Hasimah bt Ismail) dan tarian muzikal “Dunia Baru Muzikal” ( di bawah bimbingan Pn Maslina bt Sukri dan En Ignatius Anak Jimai) oleh pelajar PPKI. Warga sekolah mengucapkan tahniah atas pencapaian yang membanggakan.

Tahniah kami amat berbangga.



Gambar persembahan Kumpulan Muzik “ Rentak Reko” (pelajar tahap tinggi PPKI) & gambar persembahan tarian muzikal ‘Dunia Baru Muzikal” (pelajar tahap rendah PPKI)


Gambar lawatan Tn. Mohd Mahmudi b Bakri (Peg. Pelajaran DHL) dan Pn Radin Hasimah bt Radin Hassan (Peg. Pelajaran Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas DHL) ke meja pameran hasilan pelajar PPKI SMK Jalan Reko

Penerima anugerah pelajar terbaik Kokurikulum, perempuan sekolah menengah (kategori Bermasalah Pembelajaran) Norhazimah bt Suhuor


Penerima anugerah guru inovatif sekolah menengah : Pn Fauziah bt Mat

Anugerah Program Pendidikan khas Terbaik DHL

No comments:

Post a Comment