Monday, April 25, 2011

Majlis Serangkai Budi Seribu Kenangan


Isnin 25 April 2011 - Majlis Persaraan Pn Kalthum bt Abbas , Ketua Bidang Teknik & Vokasional telah diadakan pada 22 April 2011 bertempat di SMK Jalan Reko, Kajang. Beliau mula berkhidmat mulai 20.9.1980 sehingga 1985 sebagai guru ekonomi di Pusat Matrikulasi UKM. T.1986 hingga 1989 beliau bercuti mengikuti suami ke United Kingdom. Sekembalinya beliau bertugas semula di Pusat Matrikulasi sehingga 1995 sebelum bertugas sebagai guru di SMK Jalan Reko sehingga bersara . Semua warga sekolah ini mengucapkan terima kasih menghargai jasa dan sumbangan yang telah ditaburkan terutama kepada pelajar-pelajar sekolah ini.
Majlis ini dimulakan jam 7.45 pagi dengan bacaan doa dan diikuti dengan nyanyian lagu Kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah. Kemudian diteruskan pula dengan ucapan daripada Ketua Pelajar, Pengerusi Kelab Guru, Pengetua dan yang diraikan. Majlis yang diadakan penuh simbolik itu dihiasi dengan pemberian cenderamata daripada Ketua Pelajar, Unit-unit khas , Kelab Guru, PIBG, Ketua Bidang, Ahli Mesyuarat Pengurusan dan Pengetua. Selepas itu, upacara memotong kek Hari Lahir sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan yang dirai.
Majlis disambung pula dengan persembahan para pelajar dan guru-guru di Dewan Lestari, setelah jamuan makan yang diadakan di Bilik Katering. Majlis diakhiri dengan bersalaman dengan semua warga sekolah setelah merekod waktu balik buat kali terakhir. Beliau diarak masuk kenderaan sambil melambai lambaian terakhir kepada semua.
“ Jasamu tetap akan dikenang sepanjang hayat”.




No comments:

Post a Comment