Saturday, April 9, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Kali Ke 17

Sabtu 09 April 2011 - Majlis Anugerah Kecemerlangan ini berlansung pada 02 April 2011 (Sabtu) di Dewan Lestari SMKJR bermula jam 7.00 hingga 11.00 pagi. Pendaftaran penerima anugerah bersama ibubapa bermula seawal 7.30 pagi. Ketibaan VIP bermula jam 8.45 pagi dan majlis diteruskan dengan ketibaan YDP PIBG , Y.Bhg En.Abdul Rahman b Ajam.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa b Mohd Isa dan seterusnya nyanyian lagu rasmi sekolah. Pengetua memulakan ucapan aluan dan seterusnya ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Seterusnya diikuti dengan persembahan Kumpulan Alat Muzik oleh pelajar-pelajar SMK Jalan Reko. majlis bagi sesi pertama dimulakan dengan anugerah pelajar cemerlang PPKI,Tingkatan 1,2, 4 dan 6 Rendah. Kumpulan Koir yang dipimpin oleh Pn.Fatini Diana bt Othman pula meneruskan acara dengan lagu-lagu medley iaitu Suriram dan Can mali can. Majlis diteruskan dengan sesi kedua penganugerahan bagi pelajar PMR, SPM dan STPM. Majlis selesai pada jam 10.45 pagi. Terima kasih diucapkan kepada Pengetua, PIBG,Ibubapa guru-guru dan para pelajar yang hadir dan bertungkus lumus menjayakan majlis ini sehingga selesai.


No comments:

Post a Comment