Monday, January 3, 2011

Perhimpunan Pertama Sesi 2011



SELASA 04 JANUARI 2011 - Perhimpunan Rasmi hari pertama telah dimulakan tepat pada jam 7.30 pagi di Dataran Wawasan. Perhimpunan pagi ini berjalan dengan teratur dan kemas yang telah dikendalikan oleh para pengawas di bawah pimpinan Pn.Sehidah Bt Sirajuddin (PK HEM). Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa,ikrar dan nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah.Pengetua memulakan ucapan selamat datang dan ucapan penghargaan kepada saudara Muhammad Syahmi b. Mohd Rahim (5TV4) atas komitmen mantap yang beliau tunjukkan semasa mengetuai arahan kepada setiap warga untuk berbaris. Beliau membuat pengumuman berkenaan pencapaian PMR yang menurun sebanyak 2.76 %
Harapan beliau agar murid Tingkatan 3 tahun 2011 dapat mengubah pencapaian masa akan datang ke arah yang lebih memberansangkan melalui akad kepada guru tingkatan yang mengarah kepada misi sekolah, iaitu membangun potensi murid melalui pendidikan berkualiti.
Pada perhimpunan kali itu juga pengetua menyampaikan sijil penghargaan kepada panitia yang telah berjaya meningkatkan % pencapaian dalam PMR. Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari pengetua dan koperasi sekolah kepada 6 pelajar yang mendapat 8A dalam keputusan PMR. Semoga anugerah ini akan memberi suntikan semangat bagi meneruskan khidmat bakti kecemerlangan kepada semua guru dan pelajar pada masa akan datang .Insyallah....!!

No comments:

Post a Comment