Sunday, January 23, 2011

Gotong-royong Perdana Kali 1

Gotong-royong Perdana Kali Pertama 2011


23 Januari 2011(Ahad) - Bagi menyediakan suasana sekolah yang kondusif dalam pembelajaran maka pihak pengurusan sekolah telah melaksanakan aktiviti Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah. Aktiviti tersebut telah berjaya dijalankan pada hari Sabtu, 22 Januari 2011 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.. Objektif aktiviti ini adalah untuk menerapkan amalan budaya bersih dan selamat selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat sihat dan selamat. Di samping itu dapat menyemai serta mengamalkan budaya kerja sihat dan sejahtera serta dapat mengukuhkan ikatan ukhwah antara warga sekolah.

Semua murid daripada Tingkatan Peralihan,T.1,2,3, 4,5 dan 6 terlibat. Murid-murid diberi taklimat khas berkaitan aktiviti sebelum dibahagi mengikut kumpulan yang telah ditentukan. Guru-guru kelas mengetuai aktiviti tersebut. Murid-murid kelihatan begitu bersungguh-sungguh membersihkan kawasan kelas dan sekitar kawasan sekolah.Selain daripada menyapu dan mengelap tingkap, ada juga murid yang membersihkan longkang dan mengutip batu kerikil .Setelah berpenat lelah, guru-guru dan murid-murid dijamu dengan roti dan air sirap. Walaupun keletihan, mereka berpuas hati dengan persekitaran sekolah yang kini lebih bersih, cantik dan ceria.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang hadir dan bertungkus-lumus untuk menjayakan aktiviti Gotong-Royong ini. Turut serta dalam program ini ialah Dr.Tuan Suhaimi bin salleh, YDP PIBG sekolah.


"Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik"






No comments:

Post a Comment