Thursday, October 21, 2010

XXIII Planetary Congress Association Of Space Explorers



KHAMIS 21 OKTOBER 2010 - Pada 08 Oktober 2010 yang lalu seramai 7 orang pelajar SMKJR dari Kelas 4Sc telah terpilih mengikuti Kongres Angkasawan seluruh dunia yang diadakan di Universiti Multimedia,Cyberjaya. Kongress ini bermula seawal jam 9.00 pagi yang telah disertai seramai 50 buah sekolah seluruh negara. Turut hadir ialah angkasawan Malaysia pertama iaitu Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie b. Sheikh Mustapha.Seramai lebih kurang 100 orang angkasawan dan para saintis telah berada di MMU bagi satu sesi taklimat dan soal jawab bersama-sama pelajar-pelajar. Guru pengiring ialah Pn.Zaini bt Mohd Noor dan Cik Wan Elinasyazwani Akmal bt Wan Roslan telah bersama-sama menghadirkan diri mengiringi pelajar. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menyertai kongres ini ,diharap mendapat manafaat dan semangat dari para angkasawan yang ditemui.Syabas!!Dapat bergambar dengan angkawasan Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie b. Sheikh Mustapha.

No comments:

Post a Comment