Sunday, October 17, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Dan Kepimpinan Pelajar 2010


AHAD 17 OKTOBER 2010 - Majlis ini berlansung pada 15 Oktober 2010(Jumaat) pada jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko.Hari Anugerah Kokurikulum & Kepimpinan Pelajar ini adalah satu majlis yang dirancang khas untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada para pelajar dan barisan pemimpin pelajar.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun dan memberi inspirasi dan semangat kepada semua warga sekolah terus berusaha melakar kejayaan dalam pelbagai aktiviti dari peringkat sekolah, zon ,daerah,negeri hingga kebangsaan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua,Pn.Rosny bt Osman.Tokoh Kokurikulum telah dianugerahkan kepada Saudara Muhammad Fadzly b Salleh (5Sc1),manakala Tokoh Pemimpin Muda dianugerahkan kepada Saudara Thilaganeshan a/l Pannirselvam (5Sc1)dan Saudara Faliq Adrim b Abdul Azam (5KM1).Tahniah kepada semua pelajar yang telah menerima anugerah pada majlis kali ini.Semoga ia menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar yang lain untuk terus maju dan aktif dalam bidang kokurikulun di sekolah.Majlis tamat pada jam 10.45 pagi.



Tokoh Kokurikulum - Saudara Muhamad Fadzly b Salleh (5Sn1)

Tokoh Pemimpin Muda - Saudara Faliq Adnim b Abdul Azam (5KM1)

Tokoh Pemimpin Muda - Saudara Thilaganesan a/l Pannirselvam (5Sc1)



No comments:

Post a Comment