Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu 09 Mei 2010

Untuk semua ibu - Pengorbananmu tiada tandingan!

Mother's Day Pictures, Images and Photos


Ibu…
Suci kalbumu
Senyum kasihmu
Redup wajahmu
Penenang jiwa yang pilu

Ibu…
Gemersik suaramu
Tabah hatimu
Sentuhan belaianmu
Penyemarak jiwa yang lesu

Ibu…
Air matamu kedukaan bagiku
Senyum tawamu kegembiraanku selalu
Pengorbanan sucimu….Kasih cintamu
Umpama sang Ratu

Ibu…
Ku mohon keampunan
Ku doakan kebahgiaan dan keselamatan
Moga beroleh kerahmatan dan keredhaan
Bersama segenap keampunan dan kecintaan
Atas segala pengorbanan dan kesetiaan
Mengandungkanku sembilan bulan
Menjagaku dengan penuh pengharapan
Mendidikku untuk mengenal Tuhan

Ibu…
Tiada satupun yang mampu mngatasi jasamu
Izinkan ku melafazkan bait rindu syahdu
Menyintaimu saban waktu
TERIMA KASIH IBU
ENGKAULAH RATU.... SELAMAT HARI IBU

Thursday, May 6, 2010

Projek Jualan Makanan Pelbagai Kaum -Anjuran Panitia Sivik SMKJR


KHAMIS 06 MEI 2010 - Panitia Pendidikan Sivik SMKJR telah mengadakan satu Karnival Jualan Makanan Pelbagai kaum bertempat di Dewan Lestari dan perkarangan Dataran Wawasan bermula pada jam 7.30 hingga 1.05 petang. Jualan makanan ini telah disertai semua pelajar-pelajar Tingkatan 3.Aktiviti ini telah melibatkan keseluruhan pelajar SMKJR.Antara Objektif Projek ini ialah:

1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran luar kelas
2. Memperkenalkan makanan pelbagai kaum
3. Memupuk minat pelajar menceburi bidang perniagaan
4. Memastikan pelajar menghargai dan cintakan makanan tradisional pelbagai kaum

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Rosny bt Osman(Pengetua SMKJR).Tahniah kepada semua guru-guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 kerana telah berjaya mengadakan aktiviti ini dengan penuh kemeriahan.Syabas!




Wednesday, May 5, 2010

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Jln Reko 2010


RABU 05 MEI 2010 - Pada 30 April 2010 (Jumaat) KOOP SMK Jln Reko telah menadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 15 yang telah dipengerusikan oleh Puan Rosny bt Osman(Pengetua).Majlis bermula pada jam 8.15 pagi yang telah dihadiri oleh semua pelajar Tingkatan 4.Antara Agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat ini adalah membincangkan laporan Lembaga,meluluskan akaun,memilih dan melantik anggota-anggota Lembaga ,melantik juru Audit luar,melantik AJK,mengesahkan minit mesyuarat kali ke 12, dan menimbangkan usul yang diterima serta hal-hal lain.Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi.



Saturday, May 1, 2010

Lawatan Muhibah Dari SMK Seri Jempol, Negeri Sembilan

SABTU 01 MEI 2010 - Pada hari Isnin 26 April 2010, seramai 20 orang pelajar bersama-sama 4 org guru, 2 ibubapa dan seorang PPM telah mengadakan lawatan ke Program Pendidikan Khas SMKJR. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara sekolah disamping melihat program yang dijalankan di PPKI SMKJR.