Thursday, May 27, 2010

Ke Arah Kecemerlangan PMR 2010 SMKJR

TAKLIMAT ePORTAL SKOR A

KHAMIS 27 MEI 2010 - PIBG SMKJR akan mengadakan taklimat kepada ibubapa/penjaga dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada 12 Jun 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Lestari SMKJR.Taklimat ini bertujuan untuk merealisasikan kecemerlangan pelajar PMR 2010.Taklimat ini adalah anjuran PIBG SMKJR.
Di sini dilampirkan surat makluman tentang aktiviti tersebut:


Saturday, May 22, 2010

LAWATAN KE RUMAH AMAL CHESHIRE SELANGOR

SABTU 22 MEI 2010 - Pada hari Khamis 13 Mei 2010, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran , SMK Jalan Reko dengan kerjasama BIRO Badan Kebajikan Kelas Khas PPKI telah mengadakan satu sesi lawatan ke Rumah Amal Cheshire,Selayang, Selangor. Lawatan seramai 54 orang termasuk guru, ppm, ibu bapa dan pelajar ini bertujuan untuk meninjau program ’Economic Empowerment Project ’ yang dijalankan untuk memberi pendedahan ,kemahiran serta persediaan untuk bekerja bagi golongan kurang upaya. Lawatan ini memberi input yang sangat baik mengenai latihan kemahiran dan hala tuju kejaya pelajar-pelajar pendidikan khas dalam menerokai bidang pekerjaan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.cheshire.org.my






LAWATAN MUHIBAH DARI SMK PALONG TIMOR, JOHOR.

SABTU 22 MEI 2010 - SPada hari Jumaat 07 Mei 2010, seramai 25 orang pelajar bersama-sama 8 org guru, 4 ibubapa dan seorang PPM telah mengadakan lawatan ke Program Pendidikan Khas SMKJR. Rombongan diketuai oleh Pn. Hjh.Kalsom Bt. Yusof selaku Penyelaras Program Pendidikan Khas integrasi SMK Palong Timor.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara sekolah disamping melihat program yang dijalankan di PPKI SMKJR.






Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - 17 Mei 2010

SELASA 18 MEI 2010 - Majlis sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Wawasan SMKJR bermula pada jam 7.30 hingga 12.30 tgh.Suasana meriah disepanjang majlis berlansung yang telah dihadiri oleh pelajar sesi pagi dan petang dengan memakai pakaian tradisional mengikut kebudayaan masing-masing.Sambutan kali ini adalah dibawah kelolaan Unit Sains & Matematik dibawah pimpinan Pn.Fatimah bt Ali.Tahniah kepada beliau dan ajk-ajk Sambutan Hari Guru pada tahun ini kerana telah berjaya melaksanakan majlis ini dengan lancar dan teratur.Selamat Hari Guru,Cikgu!Pengorbanan dan jasamu akan dikenang sepanjang hayat oleh warga pelajar SMKJR.




Monday, May 17, 2010

Majlis Bacaan Perutusan Hari Guru -16 Mei 2010

ISNIN 17 MEI 2010 - Majlis pada 14 Mei 2010(Jumaat) ini berlansung di Dataran Wawasan bermula pada pukul 7.30 -8.10 pagi.Majlis ini dihadiri semua guru dan semua pelajar-pelajar sesi pagi SMKJR.Perutusan dari Menteri Pendidikan dan Pengarah Pelajaran Malaysia dibaca oleh En.Ahmad b Abdullah dan En.Mohd Syahizam bt Shair.Majlis diserikan lagi dengan ucapan ringkas dari pengetua Pn.Rosny bt Osman.Majlis bersurai jam 8.10 pagi.