Tuesday, June 19, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Selasa 19 Jun - Selamat Datang diucapkan pada sekolah SMK Palong 7 dan SMK Serting Hilir Kompleks, Negeri Sembilan yang telah datang ke SMK Jalan Reko pada 18/6/2012 (Isnin). Lawatan ke Unit Katering SMKJR iaitu seramai 41 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring dari sekolah masing-masing telah disambut oleh Pn.Wan Azila dan En.Izwan.

Antara tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan siratulrahim antara ketiga-tiga buah sekolah, bertukar-tukar maklumat aktiviti masing-masing dan mengadakan ceramah teknik menjawab soalan MPV (Katering Pengajian).

Semasa lawatan ini pelbagai aktiviti diadakan antaranya iaitu teknik menjawab soalan SPM MPV - Katering dan Penyajian dan memberi motivasi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM MPV pada tahun ini. Ceramah telah disampaikan oleh Pn.Wan Azila.

Terimakasih diucapkan kepada semua pelajar MPV SMKJR kerana telah memberi kerjasama sepanjang lawatan ini diadakan. Begitu juga kepada SMK Palong 7 dan SMK Serting Hilir Kompleks Negeri Sembilan kerana sudi mengunjungi sekolah kami. Semoga hubungan ini akan memberi sedikit sebanyak ilmu kepada semua warga.







No comments:

Post a Comment