Friday, April 6, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH HULU LANGAT 2012

06 April 2012 Jumaat - Kejohanan Olahraga Padang dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat telah berlangsung pada 27 Mac hingga 28 Mac 2012 yang lalu. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat iaitu Tuan Hj Mohd Mahmudi bin Bakri . PPKI SMK Jalan Reko juga ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian Penolong Kanan , Puan Che Normalis bt Alias dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, Puan Noorlaili bt Mahmud yang turut sama hadir memeriahkan majlis tersebut. Seramai 18 orang murid telah menyertai kejohanan tersebut, manakala guru-guru PPKI telah ditugaskan sebagai Jawatankuasa Hadiah dan Pegawai Kejohanan. Murid-murid yang tidak terlibat hadir untuk memberikan sokongan kepada wakil sekolah.

PPKI SMK Jalan Reko telah berjaya meraih 6 pingat emas, 5 pingat perak dan 5 pingat gangsa dari kesemua acara yang telah dipertandingkan. Anugerah tertinggi yang dicapai oleh sekolah kita pada tahun ini ialah Olahragawati Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat Tahun 2012, Atlet Terbaik bagi kategori Perempuan Senior dan Atlet Terbaik Lelaki Junior. Segulung ucapan tahniah untuk murid-murid yang telah berjaya menunjukkan komitmen yang baik dan juga guru-guru yang gigih melatih mereka.










Tahniah kepada para pemenang!!


No comments:

Post a Comment