Wednesday, January 4, 2012

Hari Pendaftaran Tingkatan 1 2012


Rabu 4 Januari 2012 - Hari Pendaftaran Tingkatan 1 telah diadakan pada 30/12/2012 (Jumaat) bermula jam 7.30 pagi.Semua warga pendidik telah bersedia seawal pagi bagi menanti kedatangan para ibubapa dan pelajar baru tingkatan 1. Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi dan seterusnya taklimat dari barisan pentadbir SMKJR yang diketuai oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman bermula jam 9.45 pagi. Seterusnya para ibubapa dan pelajar beredar ke kelas masing-masing yang telah ditetapkan. Di kelas mereka disambut oleh guru tingkatan serta pembantu bagi penyerahan dokumen-dokumen yang diperlukan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa, guru-guru, staf sokongan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana memberi kerjasama sepenuhnya pada hari tersebut. Selamat datang juga diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2012. Reko Mara,Reko Jaya!!




Pendaftaran bermula pada jam 7.45 pagi di sekitar Dataran Wawasan



Sesi taklimat oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman di Dewan Lestari

Taklimat daripada Pn.Shehidah bt Sirajudin (Penolong Kanan HEM), Pn.Noorlaili bt Mahmud (PK Kokurikulum) dan Pn.Zaini bt Mohd Noor (PK Petang)




Ibu bapa dan pelajar tingkatan satu berada di kelas yang telah ditetapkan bersama guru tingkatan.

Di Koperasi sekolah SMKJR


Studio Fotografi juga turut disediakan yang dikendalikan oleh Kelab Fotografi SMKJR.


Di Unit SPBT pelajar-pelajar sibuk mengambil buku teks

No comments:

Post a Comment