Monday, November 14, 2011

PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM 1432H/2011M

ISNIN 14 November 2011 - Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Hari Kebesaran Islam bertempat di Dewan Lestari pada 04 November 2011 (Jumaat) yang lalu. Program ini telah dihadiri oleh semua guru dan pelajar-pelajar beragama islam yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah En.Hasim b Harun dari (Institut Perguruan Guru,Kampus Pendidikan Islam Bangi). Program ini diadakan adalah bersempena Hari Raya Idul Adha dan tujuannya ialah bagi melahirkan pelajar yang sentiasa sanggup berkorban jiwa dan raga demi mendapat keredhaan Allah SWT serta mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri.




No comments:

Post a Comment