Tuesday, May 10, 2011

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2011

Pasukan PBSM dan Pasukan KRS bergambar kenangan selepas selesai pertandingan

Pasukan Puteri Islam dan Pasukan Pengakap

Pasukan Kadet Polis

Selasa 10 Mei 2011 - Pertandingan ini telah diadakan pada hari Sabtu (07 Mei 2011) yang lalu di Dataran Wawasan SMKJR. Bermula pada jam 7.30 pagi pelajar-pelajar sesi pagi dan petang berkumpul di dataran wawasan untuk diambil kedatangan. Pertandingan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengah hari. Antara pasukan beruniform yang bertanding ialah Kadet Polis, KRS, Bomba,PBSM,Puteri Islam, Pandu Puteri dan Pengakap yang memperlihatkan kehebatan pasukan masing-masing dengan formasi yang menarik.

Pertandingan kawad kaki ini diadakan sebagai salah satu daripada aktiviti kokurikulum SMKJR dalam usaha memupuk semangat kerjasama dan menonjolkan kredibiliti kepimpinan dan semangat kecintaan pada negara dalam kalangan generasi sekarang.Diharap dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat mewujudkan amalan hidup yang sihat dan cemerlang serta berdisiplin di kalangan pelajar peringkat sekolah.

Pada pertandingan ini Pasukan Bomba telah memenangi tempat pertama, Pasukan Pengakap tempat kedua dan KRS tempat ketiga.Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang dan juga pasukan-pasukan lain yang telah menunjukkan kehebatan masing-masing.Tahniah juga diucapkan kepada Saudara Shahaizat b Ahmad kerana telah berjaya menjadi ketua platun terbaik secara keseluruhan. Hakim-hakim pertandingan terdiri daripada guru-guru unit beruniform SMKJR antaranya ialah Pn.Asma bt Tahrim, Pn.Zuraida bt Mat Abu,Pn.Maznah bt Seman,Pn.Nur Sarah bt Nurashid dan En.Zainuddin b Abdullah. Para pemenang telah menerima hadiah dari Pengetua ,Pn.Rosny bt Osman. Majlis bersurai pada jam 12.15 tengah hari.




No comments:

Post a Comment