Monday, February 7, 2011

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 17


Ahad 6 Februari 2011 - Mesyuarat Agung PIBG merupakan upacara kemuncak tahunan bagi ahli PIBG dan warga sekolah . Oleh itu pada 29 Januari 2011 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 pada 29 Januari 2011, bertempat di Dewan Lestari SMKJR. Majlis tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan pembukaan oleh Yang Dipertua PIBG, Dr.Tuan Suhaimi bin salleh.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir kerana ini menunjukkan bahawa para ibu bapa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SMK Jalan Reko. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengetua, Pn. Rosny bt. Osman yang menerangkan serba-sedikit tentang program-program yang dijalankan, pengukuran pencapaian murid di SMK Jalan reko, dan kepentingan ibu-bapa memastikan agar anak masing-masing menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan seterunya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG 2011
Majlis kemudiannya disambung dengan sesi Mesyuarat Agung yang dimulakan dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Setiausaha PIBG, Pn. Rohaniah bt. Kassim. Rekod kewangan pula telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Pn. Anita bt Sabudin. Pembahasan usul-usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu-bapa akan dibawa untuk perbincangan oleh jawatankuasa yang dilantik. Lantikan jawatankuasa baru PIBG telah dijalankan dengan lancer dan dikendalikan oleh En.Izwan b. Abdul Latiff, pengerusi sementara. Majlis telah berakhir pada jam 11.30 pagi.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Jalan Reko mengucapkan rasa penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agong pada kali ini , dan mengharapkan komitmen yang terbaik daripada semua pihak dalam menjayakan agenda PIBG dan sekolah untuk tahun 2011









Pendaftaran ibubapa bermula jam 7.30 pagi di hadapan Dewan Lestari.


Ucapan daripada Pengetua Pn.Rosny bt Osman.



Ajk PIBG mewakili (ibubapa)sesi 2010 menerima sijil penghargaan daripada Puan Pengetua.





Ajk mewakili guru-guru menerima sijil penghargaan daripada Puan Pengetua




Suasana semasa mesyuarat berlansung.

No comments:

Post a Comment