Tuesday, July 27, 2010

PROGRAM PERMATA BONDA 2010



'SETITIS AIR MATA SERIBU KEINSAFAN'

SELASA 27 JULAI 2010 - Program Permata Bonda Pelajar Tingkatan Tiga Tahun 2010 telah berlansung dengan jayanya pada Jumaat 23 Julai 2010 yang lalu. Program ini merupakan program tahunan khas untuk calon-calon yang bakal menduduki PMR tahun ini.Objektif utama program ini adalah bagi menanamkan kesedaran kendiri dalam kalangan pelajar di samping memupuk semangat dan membina keyakinan untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Program yang bermula dari jam 6.00 petang itu dimulakan dengan pendaftaran pelajar,makan malam pelajar, solat maghrib, bacaan surah yassin dan solat isyak berjemaah. Tepat pada jam 9.00 malam tayangan video dan program motivasi telah dijalankan dengan dikendalikan oleh Fasilitator Kepimpinan SAZIC 52477. Jumlah kehadiran pada malam tersebut amat membanggakan , iaitu seramai 257 pelajar dan 104 orang ibu bapa. Program malam itu juga turut disertai oleh Puan Pengetua dan barisan pentadbir sekolah. Pihak urusetia program merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut menyumbang dan menjayakan program berkenaan. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat keberkatan disisi Allah SWT.



No comments:

Post a Comment