Monday, June 28, 2010

Sambutan Hari Koperasi Sekolah

ISNIN 28 JUN 2010 - Pada hari ini berlansung Majlis Perasmian Hari Koperasi Peringkat Sekolah dengan tema' KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH' telah berlansung di Dataran Wawasan Sekolah bermula pada jam 7.30 pagi.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn.Fuziah bt Md Ali (Penolong kanan).Majlis perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah,ikrar pelajar,nyanyian lagu koperasi oleh pengawas-pengawas koperasi serta penerangan tentang kepentingan Koperasi Sekolah dan aktiviti yang dijalankan oleh koperasi.Majlis diteruskan dengan ucapan perutusan dari YDP ANGKASA,YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan YB Menteri Pelajaran yang dibaca oleh Ajk-ajk Koperasi sekolah serta acara menanam pokok (Wrightia Religiosa- Melati) yang telah disempurnakan oleh Pn.Fuziah bt Md Ali.Pokok ini telah diserahkan kepada Unit Lanskap sekolah untuk dijaga.Majlis selesai dan pelajar masuk ke kelas masing-masing pada jam 8.15 pagi.

No comments:

Post a Comment