Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR & BATIN



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru-guru,staf sokongan,ibu bapa  dan pelajar-pelajar SMK Jalan Reko. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada kesilapan serta kekurangan semasa saya mula bertugas dan sehingga kini. Kepada warga SMKJR yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.Harapan saya semoga semua warga SMKJR  berbahagia dan bergembira di hari yang mulia ini.


Salam Lebaran,
Zaitun bt Ibrahim
Pengetua     

Wednesday, July 24, 2013

Tahniah!


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012


Tahniah dari seluruh warga SMKJR kepada semua penerima APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) 2012.Semoga dengan anugerah ini akan memberi semangat serta akan lebih cemerlang di masa akan datang juga menjadi contoh kepada semua rakan-rakan pendidik SMKJR. Kami bangga dengan anda!

Senarai penerima:

1. Pn.Mastura bt Kamaruddin
2. Pn.Azariah bt Rabu
3. Pn. Umi Kalthum bt Junid
4. Pn.Maimunah bt Othman
5. Pn.Norhayati bt Ibrahim
6. Pn.Maimun bt Abd Razak
7. Pn.Saadah bt Ibrahim
8. Pn.Wan Maznah bt Wan Bakar
9. Pn.Zuraidah bt Mat Abu
10. Pn.Noorita bt Mohd ismail
11. Pn.Maznah bt Seman

Semoga Berjaya




Kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 3, kami warga SMKJR mendoakan anda semua akan berjaya dalam Peperiksaan Percubaan PMR yang akan dihadapi. Selamat maju jaya!

Wednesday, July 10, 2013

English Week 2013



Perasmian Minggu Bahasa Inggeris oleh pengetua SMK Jalan Reko.


Pelajar menjawab kuiz yang diberi oleh guru. 


Pertandingan nyanyian yang dijalankan semasa Minggu Bahasa Inggeris. 


Pertandingan Spelling bee.




Penutupan Minggu Bahasa Inggeris dan penyampaian hadiah untuk pemenang - pemenang. Persembahan choral speaking dari pelajar-pelajar Sesi Petang di ketuai oleh Adik Wan Hanan bt Wan Jalaluddin di bawah bimbingan Cik Ranjeetha dan persembahan Pemenang Tempat Pertama (Poem) dari Fatin Nur Afiqa bt Yazid dari kelas 5 Sc. Tahniah kepada semua pemenang-pemenang yang terlibat.

Makluman

Cuti berganti ekoran jerebu dan perayaan Hari Deepavali.
 Waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadhan (bulan puasa) 2013
 

 Jadual semasa bulan puasa.