RABU 29 Disember 2010 -Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi sesi 2011 telah diadakan di Dewan  Lestari SMKJR pada tepat jam 8.30 pagi. Mesyuarat kali ini telah  dipengerusikan oleh Puan Rosny bt Osman, Pengetua SMK Jalan Reko.  Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mustaffa b. Mohd  Isa. Taklimat mengenai pengurusan sekolah bagi sesi 2011 telah berjalan  dengan lancar.  Semoga perancangan dan strategi pada tahun depan akan  lebih menjana potensi pelajar ke arah terbilang sesuai dengan Misi  Sekolah iaitu membangunkan potensi individu melalu pendidikan  berkualiti. . Pengetua mengharapkan agar setiap guru dapat meningkatkan  lagi mutu pengurusan SMK Jalan Reko bagi T.2011 . Pada mesyuarat kali  ini juga pihak sekolah telah mengambil kesempatan memberi anugerah  kepada guru-guru yang cemerlang dalam kategori penulisan Buku Ringkasan  mengajar Cemerlang ,Buku Rekod Kedatangan Pelajar Cemerlang ,guru tanpa  cuti, Anugerah Khas dan Anugerah Khidmat Bakti Cemerlang sepanjang Tahun  2010.Tahniah kepada guru-guru yang telah mendapat anugerah  tersebut.Semoga anugerah ini akan memberi suntikan semangat bagi  meneruskan khidmat bakti cemerlang kepada semua guru pada masa akan datang  .Insyallah....!!       
 
Wednesday, December 29, 2010
Saturday, December 25, 2010
Tahniah Calon PMR 2010
 SABTU 25hb Disember 2010 - Pihak pentadbir bersama semua warganya mengucapkan setinggi-tinggi  tahniah kepada semua calon PMR yang telah berjaya mencipta kejayaan  cemerlang. Diharapkan kejayaan yang dijana akan berterusan pada masa  akan datang. Tahniah juga kepada semua guru khususnya guru yang mengajar  T.1,2 dan 3 yang telah bersama-sama berjuang. Moga kalian dirahmati  Allah. Tidak lupa guru-guru Panitia Bahasa Melayu yang telah meneruskan  kecemerlangan pada tahun ini. Syabas !. Belakang parang diasah lagikan  tajam.
SABTU 25hb Disember 2010 - Pihak pentadbir bersama semua warganya mengucapkan setinggi-tinggi  tahniah kepada semua calon PMR yang telah berjaya mencipta kejayaan  cemerlang. Diharapkan kejayaan yang dijana akan berterusan pada masa  akan datang. Tahniah juga kepada semua guru khususnya guru yang mengajar  T.1,2 dan 3 yang telah bersama-sama berjuang. Moga kalian dirahmati  Allah. Tidak lupa guru-guru Panitia Bahasa Melayu yang telah meneruskan  kecemerlangan pada tahun ini. Syabas !. Belakang parang diasah lagikan  tajam.Senarai nama pelajar mendapat 8A dalam PMR 2010
1 Nik Iffah Hazirah bt. Tuan Suhaimi 3SP1
2 Fatin Atikah Amalina bt. Mohamed Azahar 3KM1
3 Lim Siow Yin 3KM2
4 Yang Nur Amalina bt. Mohd Saad 3KM1
5 Najwa bt. Nordin 3KM1
6 Nurulhusna bt. Khairil Anuar 3KM1
Subscribe to:
Comments (Atom)
 


 
